KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) terutama ke arah utara berikutan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi ini ketika orang ramai “balik kampung” menjelang Aidilfitri.
Menurut petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), trafik mula bergerak perlahan di laluan dari Bukit Beruntung menuju ke Tanjung Malim.
Trafik juga bergerak perlahan di persimpangan Slim River menuju ke Bidor berikutan pertukaran lorong daripada tiga ke dua lorong, katanya.
“Trafik juga bergerak perlahan di beberapa arah ke utara termasuk dari Terowong Menora menuju ke R&R Sungai Perak,” katanya.
Sementara aliran trafik ke selatan dari Sungai Besi setakat ini masih bergerak lancar, katanya.