Dan ini juga mengenai Mat Sabu, kali ini mengenai tuntutan perubatan beliau yang melebihi kos sebenar dari Perbadanan Bekalan Air, P-B-A, anak syarikat kerajaan negeri Pulau Pinang.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng terus berdolak dalik, mengelak dari menjawab dakwaan berkenaan.
Dua hari lalu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican mendakwa Mat Sabu selaku ahli lembaga pengarah tidak layak menuntut bayaran pembedahan dan perubatan dari P-B-A, kerana kecederaan itu dialami ketika menyertai aktiviti haram iaitu perhimpunan Bersih.
P-B-A juga diminta menjelaskan percanggahan dalam tuntutan, memandangkan bil hospital hanya RM 5,060.55, tetapi yang dituntut pula RM 8,434.05.
LIM GUAN ENG / KETUA MENTERI PULAU PINANG
“Saya percaya ia dilakukan dengan terurus tapi ia kena dijawab pengurus besar, jadi kita tunggu sampai dia balik dari cuti tapi kalau orang masih nak fitnah biarlah si luncai dengan labu-labunya.”
Ironinya, selaku Pengerusi P-B-A, Guan Eng bertanggungjawab menjelaskan sebarang dakwaan penyelewengan yang berlaku dalam P-B-A.