Kerana mahu dipandang tinggi, dia cuba berlagak menjadi sejarawan tersohor, kononnya dia lebih tahu apa yang berlaku pada 23 Februari 1950.
Bagi pejuang menentang komunis, Kanang Anak Langkau, kenyataan Naib Presiden PAS yang menyokong komunis sesuatu yang amat tidak wajar.
Malah Mat Sabu turut disifatkan tidak kenang budi dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia.
Temenggong Kanang Anak Langkau, 67 tahun berkata beliau masih tidak dapat menerima kenyataan pergorbanan perwira negara menentang musuh diperlekehkan.
TEMENGGONG KANANG LANGKAU / WIRA NEGARA.
“Bagi saya yang telah kena mengalami kecederaan memang marah sebab sampai ke hari ini pun tubuh badan saya masih berkesan kena tembak. Bukan calar sampai 3 butir tembusi badan saya. Maka itu memang tidak boleh dilupakanlah tapi bagi Mat Sabu ini bercakap dia tidak mengalami kecederaan. Dia satu-satunya racun Malaysia. Racun menentang kerajaan. Aku ingat dia cari populariti dia seorang sahaja.”
Atas pengorbannya itu, Temenggong Kanang menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Panglima Gagah Berani.
Apapun katanya, sebagai perwira negara, pingat bukannya ukuran.
Cukuplah sekadar perjuangan mereka dikenang masyarakat sampai bila-bila.
Justeru, kenyataan Mat Sabu satu penghinaan kepada keluarga perwira negara.