Menurut laporan perisik yang duduk bertenggek di pasar, kedai kopi dan surau, agensi memberitahu:
“Menurut kajian badan itu, kehadiran Najib Razak yang terkenal dengan “bossku” juga turut mempengaruhi pengundi.
“…’Bossku’ memberi kesan kepada pengundi Semenyih, selain itu kawasan kampung dan Melayu memihak BN.”
Yang hadhir di ceramah Mahathir terlihat lebih ramai, tetapi mereka jentera PH dan tetamu luar, sedangkan yang hadhir pada ceramah Najib seperti di Flet Baiduri terdiri hampir 90% pengundi tempatan.
Diharap keseluruhan pengundi yang menyokong Barisan Nasional tidak ambil lewa untuk keluar mengundi.
………..
Agensi k’jaan ramal BN menang di Semenyih
BN dijangka akan merampas kembali kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Semenyih pada pilihan raya kecil (PRK) yang akan berlangsung esok.
Menurut tinjauan yang dilakukan sebuah agensi kerajaan mendapati pegundi Semenyih berkemungkinan besar akan mengundi calon BN, Zakaria Hanafi.
Laporan agensi itu mendedahkan pengundi Melayu memihak BN dan pembangkang dijangka memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,000 undi.
“Berdasarkan 500 pengundi yang ditemui ketika kempen, 52.6 peratus memihak BN, 22.4 peratus Pakatan Harapan (PH), 22.6 peratus pengundi atas pangar dan 1.6 peratus memihak bebas.
“Tinjauan ini dilakukan berdasarkan 70 peratus Melayu, 14 peratus Cina, 14 peratus India, 2 peratus lain-lain kaum.
https://www.malaysiakini.com/news/466188
……
Maklumat PRK DUN Semenyih:
https://pakdin.my/tag/prk-semenyih