Ketka kita bergembira berhari raya bersama keluarga, mereka tetap tabah bertugas menjaga keselamatan negara.
Ketua Pegawai Gerak Batalion ke-12 Rejimen Askar Melayu diRaja, Mejer Idham Md Rusli (tengah) melihat anggota petugasnya mengacau dodol bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh para anggota Angkatan Tentera Malaysia ketika tinjauan Platun Media terhadap pasukan Operasi Padanan dan Sipadan Island Resort (OPS PASIR) di Pulau Berhala kira-kira 2 Batu Nautika dari Sandakan baru-baru ini.
Beliau berkata bahan-bahan membuat juadah pada Hari Raya kebanyakannya didapati di sekitar daerah tetapi buluh untuk membuat lemang di bawa dari Semenanjung kerana agak sukar diperolehi.
Seramai 20 pegawai dan 258 anggota lain-lain pangkat bertugas di kawasan Ops Pasir daerah Kudat dan Sandakan bersama-sama menyediakan juadah untuk dimakan pada hari Raya seperti ketupat, lemang, rendang dan lain-lain persiapan sambil bertugas ketika Aidilfitri demi menjaga keamanan negara.