Kita sedia maklum dengan tindakan zalim kerajaan DAP negeri yang menghalau 6 keluarga dari rumah masing-masing di PPR Taman Manggis.
Persoalannya, macam mana rakyat mahu percaya lagi dengan kerajaan DAP apabila ada 2 kenyataan berbeza tentang isu ini?
Kenyataan 1
8/3/19 – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri SUDAH MEMPUNYAI PERANCANGAN untuk membantu penduduk yang diarah mengosongkan rumah mereka.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1702732
Kenyataan 2
8/3/19 – “Kita masih belum ada keputusan sama ada mereka perlu keluar semula daripada unit masing-masing selepas tempoh kebenaran tamat, iaitu pada Ahad ini.
“Pada masa sama, kita SEDANG BERBINCANG mengenai pelan tindakan lanjut yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini,” kata Exco Dr. Afif Bahardin Bahardin.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/wilayah/2019/03/538629/penduduk-dibenarkan-kembali-ke-ppr-taman-manggis-hingga-ahad/amp
Yang mana satu yg betul? ‘Sudah mempunyai perancangan’ atau ‘sedang berbincang’?
Sekurang-kurangnya Dr Afif turun ke padang melihat sendiri. Mana Chow Kon Yeow 曹觀友 Yeow & Jagdeep Singh?
Susah mahu terima kenyataan Chow Kon Yeow kerana jika benar ‘sudah mempunyai perancangan’, tidak mungkin keluarga-keluarga itu terpaksa merempat di KOMTAR.
Takkanlah perancangan kerajaan DAP hanya halau usir begitu sahaja? Mana sifat perikemanusian puak DAP ini?