Bagi pakar sejarah tanahair, tindakan Mat Sabu memesongkan fakta sebenar, kejadian yang mencatat sejarah penting negara itu disifatkan kurang pengetahuan atau buta sejarah.
PROF TAN SRI KHOO KAY KHIM / PAKAR SEJARAH
Dia tak faham saya percaya dia tak pernah tahu sejarah Malaysia apatah lagi buat penyelidikan. Dia tak pernah jalankan penyelidikan kalau saya tanya dia sekarang mana boleh dapatkan fakta gerakan komunis di negara ini saya pasti dia tak tahu.
Sehubungan itu, menurut Profesor Tan Sri Khoo, kenyataan berkenaan jelas menunjukkan Mat Sabu memesongkan fakta sejarah sebagai modal untuk menarik perhatian rakyat bagi memenuhi agenda politik.
PROF TAN SRI KHOO KAY KHIM/ PAKAR SEJARAH
Dia tak tahu apa-apa perjuangan komunis di negara ini. Sebab sejarah ketibaan ideologi komunis dan perkembangan kegiatan komunis di negara ini tak jelas kepada orang biasa. Mungkin ada bekas pegawai polis yang bekerja cawangan khas faham tapi generasi sekarang tak faham dan mereka anggap komunisma sebagai sesuatu yang memperjuangkan penubuhan negara bangsa.
Beliau juga memberi ingatan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba membangkitkan fahaman komunis kerana gerakan itu sudah lumpuh dan tidak diterima rakyat seperti yang berlaku di Russia dan China.