Lim Kit Siang sedang berusaha keras untuk menunjukkan bahawa kerjasama UMNO-PAS yang menentang DAP sebagai kerjasama menentang bukan Islam.
Siapa yang melantik DAP sebagai wakil bukan Islam di negara ini?
Pemimpin politik bukan Islam terutama MCA dan MIC harus menentang agenda melabelkan mereka yang tidak bersetuju dengan DAP dan PH sebagai anti masyarakat bukan Islam.
UMNO harus memberi kefahaman kepada MCA dan MIC bahawa penentangan terhadap PH adalah kerana isu pentadbiran negara.
Penentangan terhadap DAP pula adalah kerana parti tersebut cuba masuk campur dalam hal ehwal orang Islam.
Dinasti Lim menaja orang Melayu menjadi jurucakap mereka dalam menghakis status quo Islam dan bumiputera di negara ini kononnya untuk keadilan Islam sebenar.
Tindakan DAP ini sama seperti komunis merekrut orang Islam di Tanah Melayu untuk menjadi pejuang mereka atas alasan merebut kemerdekaan.
Justeru kerjasama UMNO dan PAS bukan untuk menidakkan hak-hak masyarakat bukan Islam. Ia merupakan langkah menjaga kepentingan Islam daripada dihakis oleh tindakan-tindakan dinasti Lim.
Jika ada yang perlu dipersalahkan dalam kerjasama ini, ia tidak lain dan tidak bukan adalah DAP dan agen-agen mereka dalam PAN dan PKR.