Kenyataan biadap oleh ADUN DAP, Chew Chong Sin yang mengambil peristiwa serangan tidak berperi kemanusiaan terhadap Muslim yang mahu menunaikan ibadah.
Beliau menyebut gejala ekstremisme yang dikaitkan dengan orang Islam.
Kenyataan beliau memberikan gambaran sebenarnya Kristian telah di asuh menjadi ekstrem sehingga menyerang orang Muslim yang sedang bersiap untuk menunaikan ibadah solat Jumaat.
Pengganas asing yang beliau maksudkan adakah dari kalangan Evenglish?
Mungkin mahu memerangi Melayu Islam yang kononnya telah bersatu untuk melancarkan peperangan terhadap bukan Islam di Malaysia seperti yang pernah disebut oleh Lim Kit Siang.
………
Adun DAP beri amaran pakatan PAS-Umno lepas serangan Christchurch
Seorang Adun DAP mendakwa pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di Christchurch, New Zealand seharusnya menjadi pengajaran kepada Malaysia mengenai perlunya mengekang gejala ekstremisme.
Chew Chong Sin dalam kenyataannya turut menyatakan kebimbangan mengenai kerjasama Umno dan PAS yang didakwa menimbulkan naratif berkisar mengenai isu kaum dan agama.
“Persepakatan Umno dan PAS serta minat mereka terhadap kaum dan agama adalah tidak bertanggungjawab sama sekali.
“Ia tidak memberi manfaat dalam pembinaan Malaysia baru yang boleh diambil kesempatan oleh kumpulan pengganas asing..” katanya dalam satu kenyataan.