Datuk Seri Najib Razak menyokong sepenuhnya jika perbicaraanya berkenaan kes penyelewengan dana RM42 juta dibuat secara langsung.
“Saya akan menyokong siaran langsung kerana ia akan membantu ketelusan dan memastikan ‘rule of law’ dipatuhi,” tulisnya di Facebook.
“Rakyat mempunyai hak untuk tahu kebenaran.”
Bekas perdana menteri berdepan tujuh tuduhan berhubung penyalahgunaan wang SRC International Sdn Bhd yang dilakukan antara Ogos 2011 dan Mac 2015.
Mahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan petang Rabu ini setelah Mahkamah Persekutuan minggu lalu mengenepikan permohonan Najib menanguhkan kes.