Mencari alasan memecahkan perpaduan UMNO-PAS, Daim terlupa Chauvinist Cina DAP yang memulakan perpecahan politik mengikut garis perkauman. Jangan jadi seperti katak ditimpa kemarau.
Islam memang menganjurkan umatnya berpadu walaupun dalam politik, apa ada masalah? Kenapa nak meroyan?
……
Politik kini semakin berpecah mengikut garis perkauman, melebihi faktor politik perkauman, kata Tun Daim Zainuddin.
“Ia mungkin bermula sebagai satu ‘permainan’ yang dimainkan ahli politik untuk meraih sokongan tetapi akan tiba ketikanya apabila mereka (ahli politik) tidak berupaya mengawal emosi dan tindakan penyokong, mereka lepas tangan,” kata bekas menteri seperti di lapor The Star.
“Negara dan rakyat akan menderita.”
Daim berkata demikian berikutan perkembangan politik negara kini yang menyaksikan bergabungnya parti Melayu Umno-PAS, yang dilihatnya bermasalah kerana memperjuangkan kepentingan satu kaum.
“Kerjasama itu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah agenda kerjasama itu,” kata bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan.
“Bila kita berada di tahap pengundi memilih berdasarkan kaum dan agama berbanding nilai sejagat, maka kita berada dalam masalah yang amat besar.”