Ingatkan pentadbiran semakin baik, hubungan sesama sendiri semakin serasi tetapi ianya tidak berlaku.
Jom baca di bawah, bagaimana PH vs PH :
#18April2019
Projek tambak laut bagi membentuk tiga buah pulau buatan di perairan selatan Pulau Pinang telah mendapat persetujuan pelaksanaannya oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN).
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, MPFN bersetuju dengan pelaksanaannya dengan mematuhi 18 nasihat yang ditetapkan.
#19April2019
Kerajaan persekutuan menafikan meluluskan projek tambak laut 3 pulau di selatan Pulau Pinang, sebaliknya Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam mesyuarat semalam hanya menasihatkan kerajaan negeri mengenai perkara itu.
Selain menukar nama program atau dasar kerajaan Barisan Nasional, PH juga popular dengan percanggahan kenyataan sesama sendiri.
Patutlah rakyat dan pelabur semakin tidak yakin dengan kerajaan PH ini!