Foto yang memaparkan tiga wanita bertudung tetapi berseluar pendek yang tular baru-baru ni mencetus tanda-tanya.
Foto yang didakwa dirakam di hentian bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dekat sini dan lebih 10,000 kali lebih menjadi perdebatan warga maya sama ada positif atau negatif.
Ada yang tertanya-tanya sama ada mereka warganegara Malaysia atau bukan. Ada segelintir mengaitkan suasana tersebut dengan politik semasa.
Sebahagian pula berasa pemakaian itu mempersenda agama.
Berikut maklum balas pengguna Facebook berkaitan foto berkenaan:
Sharul Anuar Ideris: Malaysia baru? Ini ke dinamakan kebebasan dan hak peribadi?
Muhd Nazrin: Kalau Islam dipandang hina oleh agama lain jangan pula salahkan orang lain. Sebab apa? Itu kan pelancong, jadi dia mana tahu tudung itu untuk apa.
Ummi Yahya: Tudung bukan hak mutlak orang Islam. Yang wajib dalam Islam ialah menutup aurat. Kena pastikan juga apa sebenarnya cerita sebalik gambar.
Faid Zulkifli: Tegurlah secara berhikmah dulu. Kalau dia bukan Islam, pelancong asing, mungkin dia tak faham. Mungkin dia nak belajar tapi tak diajar cara yang betul.
Mohd Shoffi Samad: Yang ambil gambar dah bertanya ke diorang (mereka) ini siapa. Ambil gambar lepas itu bersangka-sangka.