Saya tengok negara kita masih kecoh dengan isu Statut Rom hari ini .
Saya nak memberi beberapa fakta tentang isu ini:
– ketiga-tiga kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Rusia dan China TIDAK meratifikasi Statut Rom.
– Israel, Arab Saudi, Korea Utara, India dan Pakistan TIDAK meratifikasikan.
– 8 daripada 10 negara ASEAN termasuk Singapura juga TIDAK meratifikasi Statut Rom.
– Rusia tidak boleh dikemukakan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk tragedi MH17 kerana mereka tidak mengiktirafkan ICC ini.
Apakah kepentingan, kelebihan dan manfaat untuk Malaysia untuk meratifikasi Statut Rom pada masa ini?
Adakah Statut Rom ini satu dari janji-janji dalam manifesto bukan kitab suci? Bukan juga.
Kenapa kita perlu terdesak sangat untuk meratifikasikan atau membincangkan isu ini sekarang sehingga kita gaduh sesama sendiri dan di antara kerajaan PH dengan institusi Raja-raja Melayu?
Adakah ianya lebih baik untuk rakyat bahawa fokus negara dan kerajaan dialihkan daripada isu statut Rom kepada keadaan ekonomi negara yang semakin merosot dan janji-janji yang sedang dicapati oleh PH?