Ciapan akaun MyWatch di Twitter menunjukkan sekeping gambar Menara Condong Teluk Intan dikelilingi sampah mendapat perhatian warga maya.
Menerusi akaun MyWatch, kenyataan bertulis: “Pergilah ke mana-mana negara lain, belum ada lagi Warisan Dunia diperlakukan sebegini rupa.”
Perkongsian MyWatch sudah pasti mendapat perhatian warga maya yang kesal dengan ‘pemandangan’ itu sambil menyifatkan ia amat memalukan.
Menara Condong Teluk Intan dibina pada tahun 1885 mempunyai 110 anak tangga dengan ketinggian 25 meter.
Mirip The Leaning Tower of Pisa di Itali, ia menjadi mercu tanda bagi Teluk Intan di samping melambangkan kemegahan warisan sejarah bersama.
Pergilah ke mana-mana negara lain, belum ada lagi Warisan Dunia diperlakukan sebegini rupa. pic.twitter.com/Y1D4QRjqW1
— MyWatch (@My_CrimeWatch) April 29, 2019