Akhbar The Star melaporkan ulasan Mahathir mengenai kajian yang dibuat oleh Merdeka Center minggu lepas yang mendapati bahawa kadar kepopulariti Mahathir telah jatuh daripada 71% kepada 46% dan kepopulariti kerajaan PH juga telah menurun daripada 79% kepada 39% iaitu sebanyak 61% menolak kerajaan PH.
Mahathir berkata “kerajaan PH menjadi kurang popular kerana penjawat awam merasa marah terhadap kerajaan PH kerana mereka kehilangan pendapatan tambahan (rasuah) akibat daripada ketegasan kerajaan PH”.
Selanjutnnya dia berkata “sesetengah rakyat kecewa kerana pendirian tegas kerajaan menentang rasuah”.
Sebenarnya kata-kata Mahathir tersebut memang cukup mengarut kerana dia menuduh 61% daripada 1,200 orang respondan yang tidak berpuashati terhadap kerajaan PH kononnya adalah penjawat awam sedangkan jumlah penjawat awam/GLC yang menjadi responden kajian adalah hanya 8% sahaja dan bukannya 61%.
Lagi bertambah mengarut apabila Mahathir menuduh penjawat awam tersebut sebagai perasuah kerana tidak mungkin kesemua 8% daripada penjawat awam tersebut adalah perasuah.
Jadi, adalah tidak bertanggungjawab bagi Mahathir melemparkan tuduhan liar tersebut terhadap penjawat awam.
Seterusnya, tuduhan Mahathir bahawa 61% daripada responden yang tidak berpuashati tersebut kononnya kerana marah terhadap pendirian tegas kerajaan menentang rasuah adalah satu lagi tuduhan yang tidak masuk akal.
Dia tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh mereka kononnya adalah pendokong rasuah.
Seandainya Mahathir kalah dalam PRU Ke-15 nanti, adakah masuk akal jika dia menuduh semua pengundi yang enggan mengundi PH sebagai perasuah walaupun pegundi tersebut adalah orang yang membuat kerja kampung?
Jika dilihat dari segi sejarah, Mahathir adalah memang jenis orang yang keras kepala iaitu tidak pernah mahu mengaku kelemahan diri atau kesalahannya.
Bagi dia, dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan tapi orang lain yang salah.
Disebabkan dia terlalu berkhayal dengan kemenangannya, dia tidak peduli pada rintihan rakyat. Dia tidak sedar bahawa 61% daripada responden tersebut bukannya hidup senang lenang dan kaya-raya sepertinya.
Mereka bukannya mendapat makan dan minum secara percuma sepertinya tetapi kena bayar makanan dengan harga yang mahal.
Dia tidak sedar bahawa rakyat tidak peduli tentang isu-isu kleptokrasi, rasuah dan sebagainya kerana ianya tidak melibatkan kehidupan seharian mereka. Mereka hanya pedullikan tentang masa depan mata pencarian (bread and butter) mereka iaitu mereka mahukan kesempitan hidup mereka dapat diringankan.
Mereka tidak peduli jika Mahathir bercerita sehingga berbuih mulut tentang kleptokrasi dan sebagainya kerana ianya tidak membantu mereka untuk meringankan bebanan kehidupan mereka.