Mencuba menu yang belum pernah dicuba dan makan sebelum ini. Hasilnya sangat mengujakan dan menjadi ketagih.. 😂😂😂
Bahan-bahan:
1 kg labu kuning
1 tin ikan sardin
1 gelas santan
1½ gelas air
7 biji cili api merah
3 ulas bawang merah
2 siung bawang putih
½ ruas jari kunyit
garam secukup rasa dan kiub ayam
2 sudu minyak masak untuk menumis.
Cara memasak:
Semua bumbu digiling halus, tumis hingga keluar aroma atau agak berubah warna kemudian tuang air dan santan sekali.
Tunggu kuahnya mendidih dan masukkan labu kuning yang sudah di potong-potong mengikut selera.
Apabila labu kuning sudah agak setengah masak, masukkan ikan sardin. Di gaul perlahan-lahan sampai mesra bumbu, sardin dengan labu.
Tunggu sehingga 7 minit.
Lauk siap di hidangkan.
Selamat mencuba.
Kredit: Yanti