Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALBawa RM20 sahaja ke...

Bawa RM20 sahaja ke bazar Ramadhan, elakkan membazir - pakdin.my

RATA-RATA rakyat Malaysia memang suka makan! Tak hairan setiap kali tibanya bulan puasa, bazar Ramadan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan lebih menarik setiap peniaga menawarkan pelbagai hidangan sebagai juadah berbuka.

Apabila sedang berpuasa ais kosong pun nampak menyelerakan apatah lagi melihat ayam percik, roti john, mee kari, nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya… memang rambang mata dibuatnya!

Tapi kebanyakan daripada kita sebenarnya membeli kerana nafsu dan akan menyesal apabila makanan yang dibeli tidak mampu dihabiskan dan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Sebenarnya perkara itu boleh dicegah sekiranya anda membuat perancangan sebelum ke bazar Ramadan sekaligus mengelakkan pembaziran.

Bagi memastikan umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan mengumpul sebanyak mungkin kebaikan tanpa dipengaruhi perlakuan yang boleh mencacatkan amalan wajib Rukun Islam ke tiga ini, mari kita sama-sama ketahui apa yang sewajarnya dilakukan ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

1. Buat senarai makanan
Alang-alang seharian berfikir mengenai makanan, apa kata senaraikan juadah yang anda teringin hendak beli di bazar Ramadan? Minta juga suami, anak-anak fikirkan satu menu yang mereka suka untuk dimasukkan dalam senarai tersebut.

Daripada senarai itu nanti, pasti ada yang minta juadah sama jadi ia bukan sahaja menjimatkan wang tetapi masa apabila ke bazar.

2. Bawa RM20 sahaja!
Kebiasaannya kita tidak dapat menahan nafsu untuk membeli kerana tahu ada wang dalam dompet… jadi apa kata, tinggalkan sahaja dompet di rumah dan hanya bawa RM20 dalam tangan.

Apabila mempunyai wang terhad dalam tangan, percayalah secara automatiknya anda akan menjadi lebih berhati-hati untuk membeli kerana bimbang tak cukup duit untuk dibayar kepada peniaga.

3. Jangan terpedaya 5 untuk RM2
Kalau nampak kuih-muih dijual lima biji dengan harga RM2 jangalah cepat sangat terpengaruh kerana belum tentu anda dapat habiskan sebaliknya cuba beli ikut keperluan sahaja.

Tidak rugi sebenarnya anda membayar RM1.20 untuk dua biji kuih kerana anda bukan sahaja sudah menjimatkan RM0.80 sen tetapi mengurangkan risiko kuih itu masuk ke tong sampah! Kenapa nak bayar RM2 kalau nak makan dua biji saja. Betul tak?

4. Bancuh air, masak nasi di rumah
Percayalah teh ais yang anda bancuh sendiri di rumah lagi sedap berbanding yang dijual di bazar Ramadan! Bukan susah pun nak buat.

Begitu juga dengan nasi, sebelum ke bazar tu, apa kata masak nasi dulu jadi tidak perlulah membazir dan hanya beli lauk sahaja.

5. Pergi satu lokasi bazar sahaja!
Pantang ada yang beritahu ada bazar Ramadan menarik semua nak pergi dalam masa satu hari! Relaks… bulan puasa ada 30 hari, tak perlu terkejar-kejar nak pergi semua tempat.

Paling baik kalau cari bazar berdekatan kediaman anda atau yang paling mudah akses kerana bukan sahaja jimat masa tetapi minyak kereta anda.

6. Kunjung bazar hujung waktu berbuka
Ini tip paling bijak sebab kebiasaannya pada waktu begini semua peniaga sudah mahu menutup gerai mereka dan menjual lebihan makanan dengan harga lebih murah… silap-silap mereka beri percuma sebagai sedekah. – mStar

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883