BERANI adalah kebiasaan yang tumbuh. Maknanya dia bukan datang tiba-tiba, yang datang tiba-tiba itu amuk bukan berani.
Ungkapan Melayu yang biasa kita dengar adalah mengumpul keberanian … maknanya apa? Maknanya berani ni kena sikit-sikit, kena dipupuk.
Sifat berani bukan kerana fizikal. Ujian seorang yang berani atau tidak bukan atas kertas tapi dilapangan… ketika krisis.
Orang kata krisis melahirkan pemimpin, ya, kerana banyak ketua yang lari masa krisis.
Yang berani akan tinggal, menunggu ombak yang betul, menunggangnya dan menjadi magnet menarik sokongan.
Pemimpin berani selalu dicari dan menjadi inspirasi seperti kata Usman Awang dalam sajaknya….
Salute kepada mereka yang berani!!!’
#6ramadan
#11Mei2019
#selamatulangtahunUMNO