Mereka tak hirau amaran PM ke-7 semalam untuk berhenti menyebar berita palsu (fake news) tentang ekonomi Malaysia yang PM ke-7 sifatkan sebagai “prestasi sangat bagus” di bawah kerajaan PH.
Pagi ini, The Edge bersama Bloomberg mengeluarkan berita bahawa Ringgit semakin lemah kerana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin merosot.
Kerajaan PH patut mengambil tindakan undang-undang keras terhadap The Edge and Bloomberg yang terang-terang melanggar amaran PM ke-7.
Tapi kita tak perlu bimbang kerana PM ke-7 pernah jelaskan pada bulan Februari lalu bahawa bukan Ringgit yang semakin lemah tetapi Dolar Amerika Syarikat yang semakin kuat.
https://www.theedgemarkets.com/article/ringgit-hits-years-low-gdp-growth-seen-slowing
………………..
Rujukan:
Ekonomi Malaysia Teruk: Jangan Sebar Berita Palsu, Bidas PM
https://www.malaysia-today.net/2019/05/14/ekonomi-malaysia-teruk-jangan-sebar-berita-palsu-bidas-pm/