Isu perlantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM terletak dimana?
Nama dia ker?
Kerana pernah menjadi Ahli Parti ker?
Kerana mempertahankan LGBT ker?
Kerana dia Peguam di kamar Peguam Daim & Gamany
Kerana tidak dibincangkan dengan Kabinet ker?
Kerana Presiden NGO pertama dilantik Ketua Pesuruhjaya ker?
Kerana Menghabiskan misi mantan KP yang cabut lari ker?
Kerana Hendak memperalatkan SPRM kepentingan politik ker?
Kerana akan hanya mendengar arahan PM ker?
Banyak kerananya jika hendak ditulis. Tetapi isunya yang sebenar ialah janji manifesto atau kontrak politik yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan masa menjual produk partinya untuk di sokong.
Maka serangan bukan kepada Latheefa Koya. Dia hanya dilantik. Propaganda untuk mengarahkan parti sendiri mengkritik keputusan Parti sendiri sudah ketinggalan zaman.
Semua kritikan dari parti gabungan Pakatan Harapan ialah satu sandiwara. Satu lakunan yang ditulis oleh penulis skrip. Pelakun tunggalnya ialah Dr Mahathir Mohemad. Dia melakun satu lakunan pentas setaraf yang pernah dipentaskan oleh William Shakespeare.. Jika baca drama yang ditulis oleh William Shakespeare, kita akan memahami lakunanan ini.
Maka hendak menunjukan ada keterbukaan, maka datanglah berduyun-duyun rakan sewaktu mempertikaikan. Anihnya ramai yang percaya kritikan dari ahli Parti Pakatan Harapan itu ikhlas dan mengikut inspirasi rakyat terbanyak.
Sebenarnya anda sedang ditipu dalam lakunan pentas itu. Tak payahlah dikritik atau pertikaikan perlantikan itu.. Bukankah anda sudah dapat melihat wajah-wajah sebenarnya pelakunnya? Itulah wajah sebenarnya.
Dari Facebook