Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa mahkamah Syariah di Sabah mengambil tindakan segera terhadap pemuda bernama Haziq Aziz yang mengaku terlibat dengan skandal seks bersama mirip seorang menteri.
Jelas Tuan Ibrahim, tindakan segera perlu diambil bagi mengelak perkara lebih buruk sekaligus memberi tumpuan terhadap isu yang lebih penting.
“Sehubungan dengan pengakuan individu tertentu yang membuat pengakuan, maka PAS menggesa Mahkamah Syariah Sabah perlu menghukum individu tersebut atas pengakuan beliau.
“PAS menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah.
“Di saat pelbagai kemelut ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, PAS perlu tampil menjadi agen yang membantu bukan menghabiskan masa dan tenaga kepada perkara yang tidak bermanfaat,” katanya.
Haziq hari ini mengaku terlibat dalam skandal video homoseks didakwa membabitkan seorang menteri.
Pengakuan itu dibuat menerusi video 33 saat di Facebook awal pagi tadi sambil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat menteri terbabit.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar video berkenaan tidak disebarkan kerana tidak dapat dipastikan kesahihannya.
“Pandangan saya kita harus kekal berpegang kepada prinsip Islam untuk mengelakkan diri daripada turut menyebarkannya agar tidak dilaknat Allah dan dibuka keaiban kita di dunia dan di akhirat kelak.
“Lebih membimbangkan jika video tersebut adalah palsu, pastinya dosanya lebih besar dan laknat Allah yang lebih berat bakal menimpa kita,” katanya.
https://pakdin.my/tag/video-intim