Datuk Haji Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Ketua Bahagian UMNO Hulu Selangor di lantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor menggantikan Dato Seri Ismail Sabri yang meletakkan jawatan pada bulan Mei yang lalu.
Manakala YB Senator Dato Megat Zulkarnain bin OmarDin dilantik menjadi Timbalan Pengerusi.
Tan Sri Annuar Musa, Setiausaha Agung mengumumkan perlantikan tersebut bagi pihak Presiden UMNO.
Bagi Negeri Perlis pula, YB Dato Seri Shahid an Kasim dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri manakala YB Dato Zahidi Zainul Abidin mengekalkan jawatan sebagai Timbalan.