Rangkaian hospital swasta terbesar Malaysia?
Dah settle.
IHH Berhad jual kepada Jepun dengan harga RM8.4 bilion.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/29/khazanah-setuju-jual-pegangan-rm8-bilion-dalam-ihh-kepada-mitsui/
Syarikat Telekomunikasi negara macam mana?
Done.
CELCOM tidak lagi 100% milik Malaysia.
Dah tukar jadi 56.5% milik negara Norway dan 43.5% milik Malaysia.
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/celcom-digi-bergabung-jadi-syarikat-telekom-terbesar-malaysia-206984
Syarikat penerbangan negara?
Mereka tengah pilih pada siapa nak jual MAS. Sekarang ini ada empat pihak minat.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-kaji-empat-cadangan-ambil-alih-mas-tun-mahathir-212200
Syarikat Lebuhraya utama negara – PLUS yang rakyat guna untuk balik kampung macam mana?
Kan dah umum minggu lepas bahawa Guan Eng akan bertemu pembeli tak lama lagi.
https://www.nst.com.my/business/2019/07/503514/guan-eng-meet-maju-holdings-over-offer-take-over-plus-highway-concessions
Syarikat pembinaan negara UEM Bhd?
Dalam rundingan. Ramai yang minat. Sabar. Tapi mesti kasi settle.
Syarikat lapangan terbang Malaysia Airports Berhad ada jual tak?
Dah start rundingan untuk jual kepada syarikat UK, Gatwick Airports
https://www.theedgemarkets.com/article/khazanah-asset-sales-set-pick
Okay. Syarikat simen milik negara Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA)?
Oh. Itu sudah ada orang tawar RM900 juta walaupun kos pembinaan kilang-kilang adalah RM1.9 bilion.
https://www.theedgemarkets.com/article/newsbreak-talks-cima-sale-back-cement-industry-consolidates
PETRONAS apa macam?
Oh! Itu masih dalam pertimbangan. Belum ada keputusan muktamad.
Tapi PETRONAS ini wang besar, wang besar, Halim.
Boleh kaut RM200 bilion. Dah ada pihak seperti San Miguel dari Filipina yang berminat. Teringat video ceramah seorang pemimpin pasal San Miguel ini.
Tanah pangkalan udara Sungai Besi itu bagaimana?
Tanah yang dulu tuduh Najib jual kepada China tapi lepas itu dia batalkan penjualan itu ke?
Oh.. Bulan April kita sudah batalkan pembatalan Najib itu.
Tetapi, kerajaan jual terus pada Syarikat China itu pada bulan April
https://www.sinarharian.com.my/article/24380/BERITA/Nasional/Projek-Bandar-Malaysia-diteruskan
Najib tak jadi jual tapi kita pastikan ianya dijual kepada China. Ini pun settle.
CIMB? Tenaga?
Oh itu kita sudah mula jual.
Kita dah kaut RM1.05 bilion dari Tenaga bulan April. Eh bil elektrik naik?
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/04/551718/harga-saham-tnb-menjunam-permodalan-pasaran-susut-rm25-bilion
CIMB kita dapat RM364 juta bulan Disember lalu:
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/12/04/khazanah-sells-small-stake-in-cimb/
Banyak lagi yang rakyat tanya seperti syarikat elektrik Arab Saudi, syarikat minyak makanan milik FGV serta anah-tanah dan landang-ladang milik Sime Darby dan Tabung Haji.
Kita sudah jual. Settle.
Syarikat telekomunikasi M1, Hotel Royale Chulan, aset digital Axiata semua pun dah jual kepada Singapura.
Rileks je. Toksah bimbang.
Agenda jual negara kita tetap on-track.
Semua dah ada planning walaupun semakin banyak yang kita jual, semakin tinggi hutang negara naik.
Bersorak tak korang?