Datuk Seri Najib Razak berkata Pas sudah membuat pilihan untuk bekerjasama dengan UMNO dan perkara itu dianggap sudah selesai.
Malah Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, satu kerjasama konkrit akan dimeterai kedua-dua parti pada penghujung bulan ini.
“Kita dah ada kerjasama yang konkrit dengan Pas dan kita dalam proses untuk memeterai piagam dengan Pas dan saya tengok sampai ke peringkat bahagian, cawangan pun dah ada aktiviti.
“Kalau dah ada ini, macamana nak sertai dengan orang lain. Jadi kena buat pilihan dan dari segi UMNO, kita sudah buat pilihan. Pilihan kita Pas. Saya percaya Pas pun sudah buat pilihan iaitu UMNO,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Bekas Pengerusi BN itu mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berkata Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka sekiranya Pas ingin menyertai gabungan itu demi penyatuan Islam dalam negara ini.
Pelawaan Mukhriz itu turut ditolak bulat-bulat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata parti itu sudah hilang selera untuk melakukan tahaluf siyasi dengan PH. -MalaysiaGazette
https://www.sinarharian.com.my/article/37954/BERITA/Politik/PH-sedia-buka-pintu-kepada-Pas-Mukhriz
https://www.utusan.com.my/berita/parlimen/pas-8216-tiada-selera-8217-pelawaan-ph-1.938039