Rakyat juga mahu tahu kebenaran video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan Presiden PKR itu sama ada tulen atau tidak.
“Insya-Allah, saya akan kumpulkan semula video-video lucah tersebut yang pernah ditularkan melalui media sosial pada suatu masa dahulu dan akan buat laporan rasmi kepada pihak penguatkuasa undang-undang dalam masa terdekat.
“Kita mahu pihak penguat kuasa undang-undang mengesahkan ketulenan video-video tersebut dan sesiapa saja yang terlibat harus diambil tindakan undang-undang.
“Proses undang-undang mesti sama rata dan konsisten. Sesiapa saja yang terlibat dengan pembikinan video-video lucah palsu harus dikenakan tindakan undang-undang secara tegas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin berkata demikian merujuk kenyataan Anwar yang kesahihan video intim melibatkan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan individu yang mirip seorang menteri kanan perlu didedahkan kepada umum.
Perkara itu, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu wajar didedahkan memandangkan rakyat mahu mengetahui kebenarannya selain dalang di sebalik penyebaran beberapa siri video intim yang tular di media sosial.
Menurut Khairuddin lagi, siasatan ke atas video lama berkenaan juga akan mendatangkan kebaikan kepada mangsa yang difitnah kerana Anwar juga harus membersihkan namanya sebelum mengambil alih sebarang jawatan perdana menteri.
“Dalam masa yang sama, saya amat berharap pihak PDRM akan menyiasatnya secara terperinci untuk menzahirkan status sebenar video-video lucah tersebut samada ia tulen ataupun tidak,” katanya.- MalaysiaGazette
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim