Difahamkan, suspek mendakwa telah dipaksa oleh rakan-rakannya untuk memijak al-Quran berkenaan selepas ditanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.
REMAJA yang dirakam dan tular kerana memijak al-Quran sehingga menimbulkan kemarahan pelbagai pihak telah ditahan polis bersama tiga lagi rakannya di sekitar Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan sejak lewat malam tadi.
Difahamkan, remaja terbabit yang berusia 17 tahun dibawa sendiri oleh kakaknya ke balai polis selepas melihat sendiri kelakuan memalukan adiknya melalui video yang tular di Facebook.
Kami difahamkan, kakak remaja berkenaan sendiri telah bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Susulan itu, tiga lagi rakan suspek yang berusia 18 tahun termasuk yang merakam video berkenaan juga ditahan polis.
Kejadian dipercayai berlaku di tepi jalan berhampiran jambatan Kusial Lama, Tanah Merah berpunca daripada seorang lelaki bernama Irwan.
Difahamkan, suspek mendakwa telah dipaksa oleh rakan-rakannya untuk memijak al-Quran berkenaan selepas ditanya sama ada dia pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.
Bagi menafikan dakwaan tersebut, suspek telah diminta bersumpah dengan memijak kitab suci berkenaan.
Penularan video memaparkan tindakan biadab seorang wanita memijak senaskah al-Quran.
Rakaman berdurasi tiga minit 13 saat di Facebook itu memaparkan remaja tersebut memijak al-Quran yang terbuka sambil dirakam individu lain dan disaksikan dua lagi remaja perempuan.
Mereka juga mengunakan bahasa tidak sopan dan turut bergelak ketawa sambil remaja terbabit mengaku berzina tanpa kerelannya.
LIHAT VIDEO: https://youtu.be/jpFnBnlGLds