Man Utd 3 Chelsea 1;
Tottenham Hotspur 4 Liverpool 0;
Fulham 2 Man City 2;
Sunderland 4 Stoke 0.
Man United unggul tewaskan Chelsea 3-1
LONDON: Manchester United memoamerkan kelas tersendiri apabila menumpaskan pesaing terdekatnya, Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, sebentar tadi.
Gol pembukaan United diperoleh seawal minit ke-7 menerusi Chris Smalling diikuti Nani pada minit ke-37.
Penyerang England, Wyane Rooney menambah koleksi jaringan pada minit ke-40 untuk memastikan United mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama.
Chelsea memperoleh gol tunggal menerusi penyerang termahal liga, Fernando Torres pada minit ke-46.
Dengan kemenangan itu, Manchester United kekal di tangga teratas liga dengan 13 mata, dua mata di depan Manchester City manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 12 mata.