Sumber mendapati terdapat sedikit kekecohan apabila anggota keluarga diraja mendapati tempat duduk DS Najib Razak, telah diubah ke bahagian belakang.
Pihak Istana tidak senang dengan keputusan tersebut kerana terdapat campurtangan politik dan menegaskan susunan kerusi itu hendaklah dibuat selaras dengan protokol yang diwartakan kerajaan.
Tempat duduk disusun semula dan ia tidak disentuh sehingga pukul 7 pagi pagi ketika pegawai PMO masuk.
Pegawai itu meminta kerusi DS Najib Razak dipindahkan dan ditempatkan di barisan Orang Besar Pahang, sebagai Dato Shahbandar dari Pahang.
Perubahan susunan kerusi hanya dimaklumkan kepada pihak DSNR pada saat saat akhir awal pagi tadi.
Masa terlalu singkat untuk DS Najib Razak menyediakan pakaian rasmi Orang Besar Pahang kerana pakaian dan orang yang biasa membantu beliau bersiap dalam pakaian rasmi tersebut didatangkan khas dari Pekan, walhal DS Najib Razak perlu tiba di Istana tepat pada 8.30 pagi.
Orang biasa mungkin tidak menghargainya, tetapi di Istana, DS Najib Razak dijangka menghormati dan mematuhi protokol kod pakaian.
Menurut sumber, Istana enggan berkompromi dengan perubahan saat akhir yang tidak menghormati keputusan Istana.
Pegawai PMO mengancam bahawa Tun M tidak akan menghadiri Istiadat Pertabalan ini jika kerusi DSNR diletakkan sebaris dengannya.
Sumber:
Sur Kikky