Keputusan kabinet PH untuk meneruskan pelaksanaan tulisan jawi di sekolah venakuler, TETAPI hanya setelah mendapat persetujuan PIBG. Ini adalah keputusan paling tidak munasabah, tiada rasionalnya dan tidak selari dengan semangat pelembagaan.
Ia adalah jalan mati untuk Jawi dalam sistem sekolah tersebut. Melihat sikap chauvinistic pendukung sekolah vernakular dalam isu ini, tiada PIBG yang akan memberikan persetujuan untuk ia dilaksanakan.
Di mana rasionalnya kurikulum KPM memerlukan persetujuan PIBG untuk di laksanakan. Apa peranan PIBG dalam memenuhi objektif pembelajaran dan pengajaran?
Keputusan tersebut MENYAKINKAN semua pihak, bahawa isu tulisan jawi ini adalah sandiwara PH untuk memesongkan perhatian rakyat terhadap isu hakiki yang menghantui tanahair sekarang ini.
PPBM ingin jadi juara kepada orang Melayu sementara DAP pula mahu dilihat sebagai pejuang sebenar kepentingan bangsa Cina. Kedua-dua gagal dalam PEMENTASAN mereka kali ini.
Akhirnya yang menang ialah Dong Jioa Zong, pertubuhan yang gelarkan rasis oleh YAB Perdana Menteri.
Desakan Dong Jiao Zong telah menyebabkan tersungkurnya semua anggota Jemaah Menteri dalam mempertahankan wibawa sistem Pendidikan Nasional.
Tidak pernah terjadi dalam sejarah pendidikan negara ini, pendidikan dipolitikkan sebegini rupa.
PH telah tunduk kepada desakan Melayuphobia dan Islamophobia yang dijuarai oleh DAP dan penaungnya Dong Jiao Zong.
Kepada Menteri Pendidikan, anda mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk bukan sahaja memperjuang dan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu tetapi memperkukuhkannya.
Anda telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab perlembagaan ini. Saudara mesti mengambil pertanggungjawaban atas nya.
Saudara tahu apa yang wajar dilakukan dan demi tanahair ini, saya mendesak saudara berundur dengan hormatnya.
Dato Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
Timbalan Presiden UMNO