Kemalangan berlaku kira-kira jam 9:30 malam tadi di Kilometer 410.5, Lebuhraya Utara Selatan arah Ipoh berhampiran susur Lembah Beringin.
Treler membawa muatan cecair penyejuk radiator ini dalam perjalanan ke utara.
Tayar belakang sebelah kanan dikatakan tiba-tiba tercabut dan terkena penunggang motosikal yang berada di belakangnya.
Ia menyebabkan mangsa, Mohd Razi Hassan tercampak dan cedera parah.
Dalam masa yang sama, sebuah lori dengan muatan minyak pelincir turut merempuh belakang treler ini.
Ia turut menyebabkan pemandunya, Wong Chon Lam maut di tempat kejadian.