Secara am dan demi kebaikan keseluruhan ekonomi negara, saya setuju dengan pendapat Mufti Perlis bahawa umat Islam boleh mengetengahkan kempen untuk membantu ekonomi sesama Muslim dan bukannya melalui kempen memboikot barangan bukan Islam.
Namun, amalan boikot-memboikot berunsur perkauman ini sebenarnya telah bermula sebelum PRU13.
Masa itu penyokong PKR dan DAP melancarkan kempen besar-besaran untuk memboikot perniagaan PETRONAS (kerana dituduh tidak mengambil pekerja bukan Melayu), restoran-restoran Melayu/Mamak dan Roti Gardenia.
Masa itu, tidak ada seorang pemimpin DAP atau PKR membantah kempen-kempen ini melainkan Teresa Kok yang pernah menyuarakan dia tidak bersetuju.
Ini adalah tangkap layar salah satu posting dari page FB penyokong DAP dan PKR yang sangat popular masa itu.
Nama saya dalam Bahasa Cina (Jib Gor) juga disenaraikan sebagai salah satu sebab kenapa roti Gardenia patut diboikot dan roti jenama lain perlu disokong.
http://gardenia.com.my/articles/FFMFlour.pdf
Walaupun posting tersebut dikongsikan dengan amat meluas masa itu dan kempen boikot dijalankan untuk tempoh yang lama, pemimpin PH seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Saifuddin Nasution tidak pernah membantah.
Sumber:
Facebook Najib Razak