Setelah seharian berperang mengenai bunting Himpunan Penyatuan Ummah (HPU14), Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akhirnya akur UMNO memohon untuk memasang 1,000 bunting daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bukannya 150 bunting.
Khalid berkata, DBKL telah mengesahkan permohonan UMNO untuk memasang 1,000 bunting.
“DBKL minta maaf kerana sebut permohonan untuk 150 dalam surat kelulusan mereka. Saya rujuk surat DBKL,” katanya dalam akaun twitter.
Selepas memuatnaik ciapan tersebut, Khalid menyambung lagi:
Khalid menerusi ciapan di Twitternya pagi tadi memberitahu, beliau dimaklumkan oleh DBKL, surat permohonan dari UMNO untuk pemasangan bunting hanya sebanyak 150 unit sahaja.
Katanya, beliau was-was untuk mempercayai pihak mana, sama ada DBKL yang memaklumkan kepadanya hanya 150 bunting sahaja atau UMNO menerusi surat permohonan rasminya menyatakan pemasangan untuk 1,000 unit bunting.
“Ya ke memohon 1,000? Surat DBKL sebut mohon 150 jer. Hmmm.. mana satu nak percaya? Rasanya UMNO terkenal penipu kan… Tak tahulah kenapa tapi ambo (saya) begitu cenderung untuk lebih percaya DBKL.
“Tapi yang jelas, anjuran UMNO naa. Hahaha.. awat tak khabak (beritahu)? Hahaha. Perpaduang (perpaduan) pencuri?,” sindir beliau dalam ciapannya itu.
Khalid yang seolah-olah mahu menutup kesilapan itu mengalihkan perhatian dengan menulis: “Namun DBKL tanya, lulus 150 kenapa pasang 1,000?.
“Lepas tu riuh bila DBKL turunkan yang lebih tu. Saya jawab ‘kena tanya Najib’,” katanya. – MlaysiaGazette
Rujukan:
Alasan bodoh menghina-hina oleh Khalid Samad setelah terkantoi
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156339583770952/
Menteri PH lembab membaca
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156339546875952/