Dr Mahathir mengulangi lagi mantera negara ini berada dalam keadaan teruk kerana hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.
Pada zaman media terhad dan terikat, propaganda berulang ini akan menjadi satu dongengan yang akan diterima rakyat sebagai kebenaran.
Namun dalam dunia media yang begitu terbuka dan luas, dongengan yang terus diulang-ulang hanya menjadi Dr Mahathir seperti kisah ‘Maharaja yang tidak berpakaian’.
Dr Mahathir tidak sedar bahawa kebanyakan kenyataan beliau sekarang hanya menjadi bahan tertawa masyarakat kerana para pegawai beliau tidak lagi menceritakan kebenaran.
Para pegawai Dr Mahathir sama ada tidak mempunyai pengetahuan atau terlalu sibuk mengejar kontrak sehingga gagal melindungi beliau dari mengulangi kesilapan dan kesalahan fakta yang sama.
Sampai bila pegawai-pegawai beliau hendak menyembunyikan kebenaran dari Dr Mahathir bahawa hutang negara sedang bertambah dengan banyak sejak PH mengambil alih pentadbiran.
Lebih membimbangkan peningkatan hutang ini berlaku dalam masa kerajaan yang sama sedang menjual aset dan syarikat kerajaan yang menguntungkan kepada swasta.
Tidak ada masalah kita berhutang dan mempunyai aset yang boleh menjana pendapatan bagi membayar hutang.
Masalah sekarang kerajaan terus berhutang dan dalam masa yang sama banyak aset kerajaan turut terjual.
Sampai bila PMO hendak membenarkan Dr Mahathir diperkuda oleh Menteri Kewangan yang ‘clueless’ mengenai pengurusan ekonomi dan kewangan negara?
Oleh Ab Jalil Backer
Iklan:
Untuk mengetahui mengenai Mahathir boleh dibaca dalam buku ‘Dilema Mahathir’
Ada dijual melalui laman web www.enigmafikir.com dengan harga RM35 senaskah.