Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya parti iyu masih relevan di Sabah.
Jelasnya, walaupun terdapat wakil rakyatnya pernah berpaling tadah namun, pengundi Sabah tetap merindui zaman diterajui Umno.
“Barisan Nasional (BN) dan Umno tetap relevan di Sabah. Orang Sabah rindukan BN.
“Ketika segelintir yang melompat dan keluar parti, ramai juga yang mahu menyertai Umno.
“Mereka serah borang untuk menyertai Umno Bahagian Ranau semalam,” katanya di Twitter.
Hari ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu akan membuat keputusan sama ada Pilihan Raya Negeri Sabah perlu diteruskan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Shafie memohon pembubaran DUN selepas Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
BN dan UMNO tetap relevan di Sabah. Orang Sabah rindukan BN. Ketika segelintir yg melompat dan keluar parti, ramai juga yg mahu menyertai UMNO. Mereka serah borang utk menyertai UMNO Bahagian Ranau semalam. #UMNObangkit#radutetapradu pic.twitter.com/1rqZApKZnz
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) August 17, 2020