KAJANG: Pelajar Tingkatan Tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, pada 13 September lalu, sudah ditemui semalam 16 September 2023.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, remaja berusia 15 tahun itu ditemui selamat di kawasan Semenyih, di sini.
BACA juga: Dua gadis hilang ditemui, polis dakwa kes lari rumah
“Berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jumaat lalu dila[orkan, Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang.
Polis menerima laporan daripada ibunya yang juga suri rumah berusia 34 tahun jam 10.40 pagi, Khamis.
Mohd Zaid dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya jam 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.
“Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.
“Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini. Pengadu cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab,” katanya.