Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah akan menilai semula perjalanan pemilihan bagi kesemua tiga sayap parti itu semalam.
Ia bagi memastikan proses pemilihan peringkat Majlis Tertinggi pada 19 Oktober ini, dapat dijalankan dalam keadaan lebih baik.
Setiausahanya, Datuk Othman Aziz berkata, antara perkara yang perlu dilihat semula, adalah sesi taklimat di peringkat negeri, berhubung cara pengundian dijalankan.
Meskipun negeri Kedah dilihat tidak berhadapan masalah serius sepanjang pemilihan dijalankan, proses penambahbaikan katanya, akan membolehkan UMNO dilihat kehadapan dalam aspek pemilihan.
Datuk othman berkata demikian ketika mengumumkan senarai rasmi calon yang memenangi pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bagi negeri Kedah.