IPOH: Seorang disahkan maut manakala tujuh cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan dua treler, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta di Kilometer 257.2 hala utara Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Terowong Menora dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Abd Ghaffar Mohamad, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang pemandu treler yang membawa muatan siling, M Ukesparen, 31, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kira-kira jam 7 petang tadi.
“Bapa mangsa yang menjadi kelindan treler berkenaan cedera parah di kepala manakala seorang penumpang Toyota Avanza patah tangan kiri dan kedua-duanya dirawat di HRPB,” katanya sambil menjelaskan penumpang lain yang cedera ringan turut dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan.