Hanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal Villa Nabila di Johor Bahru – Polis - pakdin.my

LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.
LOKASI di mana seorang remaja hilang selepas memasuki banglo tinggal, Villa Nabila sejak 16 November lalu di Jalan Skudai berhampiran Danga Bay, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja hilang di banglo tinggal “Villa Nabila” di Jalan Skudai, Johor Bahru, sejak Sabtu lalu.

Ia sekaligus menafikan khabar angin yang tersebar di laman sosial, kononnya 23 remaja hilang selepas memasuki banglo usang itu.

Remaja yang hilang adalah, Mohd Izzat Izzudin hussin, 16 tahun, berasal dari Kampung Melayu Majidee.

Laporan dibuat oleh ibu mangsa, Norhayati Mohamad, kira-kira jam satu pagi tadi.

Mohd Izzat didakwa memasuki kawasan villa tinggal berkenaan, Sabtu lalu.

Sejurus tersebar di laman sosial, kawasan sekitar menjadi tumpuan orang ramai.

Pasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengawal keadaan dan gerakan mencari.

Polis menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan khabar angin berkenaan.

Kejadian disiasat di bawah kes orang hilang.

 

UTAMAHanya seorang, bukan 23 hilang di banglo tinggal Villa Nabila di Johor...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium