Pengusaha pusat urut dikesan menggunakan taktik berurut ‘sayang you’ dengan meletakkan antara dua hingga tiga tukang urut warga asing di beberapa premis berasingan.
Jumlah tukang urut juga bergantung kepada bilangan pelanggan namun taktik baru itu tetap gagal mengaburi mata pihak berkuasa.
Dalam serbuan dilaksanakan Unit D7 IPK Selangor bersama pasukan cantas wanita diketuai Inspektor Joycelyn Liza Edmond lewat petang semalam, tujuh tukang urut diberkas.
Mereka ditahan di tiga buah premis yang diserbu secara serentak di Sungai Chua, Kajang.
Tiga penjaga premis turut diberkas bagi membantu siasatan.
Siasatan awal mendapati dua pusat urut memiliki lesen yang sah manakala satu lagi premis dipercayai tidak berlesen selepas penjaganya gagal mengemukakan sebarang dokumen ketika diminta berbuat demikian.
Tukang urut dan penjaga premis yang ditahan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.