Kerajaan pusat telah melantik sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan Fasa 1B Lebuhraya Kota Bharu hingga machang membabitkan kos RM168.5 juta.
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, surat setuju terima telah diberi pada syarikat itu Februari lalu untuk menyiapkan laluan dari Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 kilometer dalam tempoh tiga tahun.
Tender fasa seterusnya, dari Kadok ke Ketereh sejauh 6.4 kilometer dijangka dikeluarkan pada akhir tahun ini.