Seorang pemandu bas maut selepas tercampak dari kenderaan dipandunya.
Mangsa dikatakan cuba menutup pintu bas dipandunya ketika kenderaan terbabit mengambil selekoh.
Kejadian berlaku jam lima petang tadi di Jalan Kuantan – Pekan dekat Tanjung Lumpur, Kuantan.
Menurut saksi ketika mengambil selekoh pintu bas ini dikatakan terbuka.
Pemandunya, Wan Mohd Shah Wan Ramli, 58 tahun, cuba menutup pintu, malangnya dia terjatuh dan digilis bas.
Bas tanpa pemandu dan tanpa penumpang itu kemudian merempuh dua kereta dan sebuah van serta sebatang tiang elektrik.