Doogee, yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia telah melancarkan edisi terhad telefon pintar tercanggih iaitu Doogee F3.
Dengan harga hanya AS$349,99 (kira-kira RM1,315), ia dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 810, paparan 5-inci 2K dari LG dan 4GB RAM.
Selain daripada spesifikasi di atas, Doogee F3 Edisi Terhad juga penuh dengan perkakasan mewah. Paparan 5-inci 2K dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3, dan ia juga mempunyai 32GB memori dalaman, kamera belakang 21MP, 8MP kamera hadapan dan bateri 3,100mAh.
Walaupun perkakasan Doogee F3 berharga rendah berbanding ciri-ciri perkakasan mewah, model ini adalah model edisi terhad. Ia hanya dijual dalam kuantiti yang terhad, walaupun syarikat Cina tidak menjelaskan berapa banyak unit peranti akan disediakan.
Lebih menariknya, Doogee F3 Edisi Terhad juga tersedia dengan pilihan perlindungan belakang menggunakan kayu (berdasarkan imej di atas). F3 tidak kelihatan seperti peranti premium kerana Doogee adalah pengeluar peranti yang agak baru.
Ia akan menjadi menarik sekiranya peranti ini diterima baik oleh pengguna.
Doogee F3 Edisi Terhad dijadualkan berada dipasaran pada bulan Oktober dengan harga US$349,99 atau kira-kira RM1,315.
Disebabkan Doogee telah secara rasmi memasuki pasaran kita melalui produk mereka sebelum ini maka besar kemungkinan peranti ini juga akan dijual di Malaysia.