SEMASA lawatan media ke Karnival ‘ALAMI PROTON’ semalam, apa yang mengejutkan kami adalah Proton turut menayangkan model konsep trak pikap kepada orang ramai. Dari segi rekaan, sememangnya ia mampu membuatkan sesiapa saja teruja melihatnya.
Untuk makluman juga, ini adalah model pertama trak pikap keluaran Proton setelah 30 tahun berada di pasaran Malaysia. Ini mungkin trak pikap baru yang bakal dihasilkan pengeluar automotif tempatan itu tidak lama lagi, susulan sebelum ini pernah memperkenalkan Proton Arena berdasarkan platform Proton Wira beberapa tahun lalu.
Kami dimaklumkan model konsep trak pikap ini menggunakan platform Proton Exora. Dari segi rekaan, ia mungkin diilhamkan menerusi model Ford F-150 Raptor. Manakala rekaan belakang pula menyerupai model SsangYong Actyon Sports.
Bagaimanapun, tiada maklumat lengkap berhubung rangkaian kuasa serta transmisi yang bakal digunakan pada trak pikap itu.
Apa komen anda dengan rekaan trak pikap konsep ini? Mesti melelehkan air liur?
Karnival ALAMI PROTON kini kembali!Kunjungi karnival jualan yang akan bertempat di PROTON Centre of Excellence di Shah Alam pada 3 dan 4 Oktober 2015, 10 pagi hingga 7.00 malam.Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan. Saksikan kemeriahan Karnival ALAMI PROTON tahun lepas.
Posted by Proton Cars on Tuesday, 22 September 2015