KECOH pagi ini apabila media asing yang menjadi tulang belakang perjuangan Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ini, melaporkan konon si tua itu sudah meninggal dunia.
Mula nak juga rasa gembira tapi sebab bukan style kita percaya berita asing bulat-bulat, maka kecewa jugaklah bila di dapati berita itu tidak benar. Kalau betul, paling tidak, public holiday satu hari.
Apa pun, motif di sebalik berita tersebut masih menjadi tanda tanya. Kalau tahun 80-an dulu mungkinlah, sekarang dengan sistem komunikasi canggih dan sebagainya, bukan susah nak dapat pengesahan terlebih dulu.
Sebab itu kita cenderung untuk percaya bahawa perkara ini sengaja direka. 2 sebab yang penulis agak, pertama nak raih simpati, kedua nak divert perhatian rakyat dari segala pelik yang Mahathir buat baru-baru ni.
Umum tahu, tindakan Mahathir menyemat lencana “Free Anwar Now” semasa konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lepas, mendapat kritikan umum sebab terjelaslah hipokrasi Mahathir yang dituduh sebagai manusia yang memulakan kejatuhan Anwar dalam politik negara.
Ia adalah Mahathir yang memenjarakan Anwar, berkonspirasi terhadap Anwar dan sebagainya tapi diakhirnya dia pulak mendesak orang itu dibebaskan segera.
Dengan semua itu, mungkin dengan ada berita palsu seumpama ini, dapatlah mengalihkan sebentar perhatian rakyat dari kejelikan paling dahsyat dalam sejarah politik negara ini.