Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

RAKYAT SEDANG DIPERGUNAKAN - pakdin.my

Melalui laungan keramat, suara rakyat, “people power” dan sebagainya, rakyat secara mudahnya dimanipulasi menjadi satu gerakan untuk memenuhi agenda sesuatu parti dan kumpulan mahupun individu.

Untuk Bersih dan Himpunan Baju Merah, apa yang kita lihat di dada akhbar ialah kehebatan dua blok iaitu yang menuntut hak daripada kerajaan dan yang cuba menentang mereka yang menentang kerajaan. Di dada akhbar, yang akan terpampang ialah beberapa figura yang kelihatan gah seolah-olah mereka sedang menganjurkan reformasi kebangkitan secara besar-besaran. Mereka ini, dengan jawatan dan pangkat yang tinggi, dengan nama mempunyai gelaran Doktor, Professor, Datin dan Datuk Seri seolah-olah hero yang diangkat tinggi ketika perhimpunan ini dilangsungkan nanti. Tetapi pada hakikatnya, pada realitinya yang tersendiri, mereka inilah yang paling tidak berfungsi ketika hari perhimpunan ini.

Pada perhimpunan ini nanti, yang akan mencetuskan provokasi ialah daripada kalangan rakyat sendiri. Yang akan bersesak dan berpanasan juga daripada kalangan rakyat sendiri nanti. Laungan reformasi, laungan mahukan keadilan adalah suara rakyat yang dimobilisasikan daripada pelbagai tempat. Ada yang datang dari jauh dengan ikhlas benar-benar mahu memperjuangkan kehendak rakyat tetapi dipergunakan oleh mereka yang bernama penganjur.

Rakyat sedang dipergunakan daripada awal perhimpunan Bersih lagi. Kononnya ia adalah suara rakyat hasil daripada perhimpunan bersama rakyat. Sedangkan ia hanyalah suatu bentuk manifestasi bahawa rakyat boleh dipergunakan untuk kepentingan peribadi individu tertentu. Himpunan juga adalah cara rakyat dimobilisasikan daripada pelbagai tempat dan memperlihatkan bahawa penganjur mendapat sokongan ramai walhal bukanlah semuanya benar-benar mahukan himpunan ini berlangsung.

Himpunan bukanlah sesuatu yang salah disisi undang-undang negara ini. Kesalahan yang berlaku ialah keganasan, kekerasan dan ancaman yang dihadapi oleh mereka yang berhimpun secara aman. Contohnya apabila terdapat sentuhan fizikal, caci mencaci dan memburukkan pemimpin mahupun keperibadian seseorang seperti yang terjadi pada siri-siri himpunan sebelum ini. Hak berhimpun ialah satu hak yang diberikan kepada rakyat. Ia bukanlah sesuatu yang salah. Kesalahan yang berlaku ialah apabila terdapat pihak yang mengganggu perhimpunan yang diadakan melalui cara provokasi, keganasan dan kekerasan. Inilah yang akan mewujudkan ketegangan dalam perhimpunan.

Tidak dinafikan, berhimpun merupakan hak rakyat yang telah termaktub dalam perlembagaan. Tidak dinafikan juga bahawa himpunan bersih yang menuntut pilihan raya yang lebih adil dan saksama telah mendapat perhatian dimana dakwat kekal telah digunakan. Himpunan sebegini juga memperlihatkan bahawa rakyat sangat mengambil berat akan hal semasa yang berlaku dalam negara. Tetapi apa yang cuba ingin disampaikan ialah betapa rakyatlah yang paling banyak dipergunakan demi mencapai segala objektif ini.

Melalui laungan keramat, suara rakyat, “people power” dan sebagainya, rakyat secara mudahnya dimanipulasi menjadi satu gerakan untuk memenuhi agenda sesuatu parti dan kumpulan mahupun individu. Rakyat seharusnya sedar bahawa impak negatif lebih banyak dihadapi oleh rakyat sendiri berbanding mereka yang bernama penganjur iaitu Datuk-datin dan Datuk Seri.

Secara zahirnya, ketika himpunan berlaku, rakyat dipergunakan untuk memperlihatkan jumlah kehadiran sebagai kayu ukur keberkesanan perhimpunan ini. Rakyat juga merupakan barisan hadapan yang akan menentang dan melakukan provokasi sekiranya ada tentangan daripada pihak lain. Rakyat jugalah yang akan menentang pihak berkuasa sekiranya pihak berkuasa cuba campur tangan. Rakyatlah yang akan menjadi mangsa sekiranya berlakunya ketegangan. Seperti apa yang pernah terjadi sebelum ini, rakyatlah yang dilanggar dengan kereta ketika himpunan sedang berlangsung. Rakyatlah yang merasai gas pemedih mata dan pancuran air ketika diminta menenangkan keadaan.

Daripada golongan bukan peserta pula, polis dan FRU adalah golongan rakyat yang paling dikasihani. Mereka berkhidmat untuk kerajaan, untuk masyarakat, untuk Malaysia dan kedaulatannya. Tetapi mereka inilah yang terpaksa menghadapi kemarahan rakyat ketika himpunan dianjurkan. Demi keamanan himpunan, polislah yang turun ke padang untuk mengawal negara. Polislah yang menahan segala amukan dan cacian yang dilemparkan. Gelaran-gelaran yang tidak beradab dilemparkan terhadap wira-wira negara yang dibayar gaji murah untuk memastikan setiap rakyat hidup aman damai.

Selain itu, penduduk tempatan, gerai-gerai, peniaga turut menerima tempias. Perniagaan mereka ada yang akan mengalami kerugian. Orang awam yang datang untuk urusan peribadi disusahkan. Beberapa perkara yang lebih besar, pelaburan negara akan terjejas dan rakyatlah yang paling teruk menerima kesan. Kita tidak sedar akan hal ini ketika kita berada dalam himpunan. Bagi kita, himpunan ialah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah dan memberitahu kerajaan tentang suara rakyat walhal impak jangka panjangnya kita jugalah yang akan merasakan kesannya kelak.

Wahai rakyat yang budiman, hanya ada satu sahaja perkara yang perlu kita jadikan persoalan. Jika benar kita hendak menyampaikan mesej kepada kerajaan kenapa himpunan ini diadakan di tempat yang tidak ada menteri mahupun pihak berkuasa tempatan. Kenapa tidak himpunan ini diadakan di hadapan kementerian yang berkaitan. Adakah kerana rakyat sukar untuk dipergunakan untuk ke sana? Adakah jika buat di sana populariti himpunan ini akan merosot dan penganjur tidak mendapat nama? Rakyatlah jawapan utamanya. Rakyat tidak boleh dipergunakan sepenuhnya sekiranya ia diadakan di kawasan pentadbiran kerajaan walhal di situlah mesej yang hendak dibawa lebih mudah disampaikan.

Sekadar pesanan peribadi daripada manusia kerdil ini, untuk perhimpunan akan datang, yang akan kelihatan kotor adalah rakyat, polis, dan orang awam. Penganjur akan kekal kelihatan hero. Penganjur akan kekal keluar surat khabar dengan kenyataan yang hebat. Penganjur akan kekal naik pangkat, penganjur akan terus-menerus terima pujian dan insentif yang diberi rakyat.

Yang akan kelihatan jahat ialah polis, tentera, orang awam dan rakyat. Orang-orang yang miskin dan tidak berpangkat akan terus hidup dalam penindasan. Orang-orang yang miskin akan dicaturkan untuk bergaduh sesama sendiri. Orang-orang miskin hanya akan kelihatan seperti orang yang tidak berakal.

Pasca perhimpunan, gambar yang akan ada dalam surat khabar dan alam maya ialah keganasan rakyat dan juga keganasan polis (juga rakyat).

Akan ada juga gambar dalam akhbar, wakil-wakil rakyat berbaju hebat, tanpa tergugat, menyelar tindakan rakyat. Rakyat yang sangat mengharapkan ketelusan pemimpin untuk mewakili mereka.

Dan ini akan terus berlaku selagi mereka yang memerintah tidak bermuhasabah diri. Adakah mereka menjadi Menteri kerana sayangkan negeri, atau sayangkan anak isteri. Adakah mereka menjadi menteri hanya untuk menjaga periuk nasi, bebas berjalan kesana ke sini, ke dalam ke luar negeri, atau mereka sebenarnya perlu merasai kesusahan yang rakyat alami, dan sama ubah ke arah lebih baik. Sudah tiba masanya rakyat dan polis (yang juga rakyat) bersatu padu untuk menjadikan himpunan kali ini bukanlah medan untuk rakyat dipergunakan. Rakyat sudah dipergunakan terlalu lama.

Sudah tiba masanya rakyat menjadi lebih bijak untuk mendengar tanpa perlu mengikut secara membuta tuli tindakan-tindakan yang hanya bertujuan memperoleh matlamat peribadi dan menaikkan populariti. Kitalah penentu masa depan negara, jangan biarkan diri kita diperguna oleh mereka.

20161118-bersih-merah

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

[VIDEO] Titah adendum dipergunakan sebagai permainan persepsi di Dewan Rakyat

Pemimpin UMNO menjadi mangsa buli oleh kepimpinan parti lawan oleh kerana tidak terlibat atau dilibatkan atau melibatkan diri secara langsung di dalam kes melibatkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak (Bossku)

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

Delusi, amnesia penyakit perlu dijauhi BN untuk menang PRU16

Barisan Nasional (BN) perlu menghindari beberapa ‘penyakit’ termasuk delusi dengan dibual khayalan sekiranya parti itu mahu kembali menawan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16

EPL: Salah selamatkan maruah Liverpool

Liverpool terus berpaksikan kepada kualiti Mohamed Salah yang menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Southampton di Stadium St Mary.

[VIDEO] Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga

Jenazah mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini awal pagi tadi telah selesai dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya di sini.

Gerila pemisah meningkatkan aktiviti mereka di Yala dan Songkhla

Di Yala, sekurang-kurangnya 10 serangan pembakaran dilaporkan, terutamanya melibatkan pembakaran tayar getah di jalan raya.

Thailand mencatatkan lebih 30 juta pelancong asing sehingga pertengahan November menjana RM183.6 bilion

Thailand merekodkan lebih 30.56 juta pelancong asing sehingga pertengahan November, meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, di landasan untuk memenuhi sasaran setahun penuh 36.7 juta pelancong asing, menurut data rasmi pada hari Selasa 19 November 2024.

[VIDEO] PGA pasang papan tanda amaran tidak guna laluan pangkalan haram untuk Ke Golok

Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Ada 2 biji pil kuda sudah kira pengedar dadah di Thailand

Individu yang memiliki lebih daripada sebiji pil kuda semasa tangkapan dijalankan sudah dikira sebagai pengedar dadah mengikut undang-undang di Thailand.

Tragedi kepala air: ‘Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai’

Ruhaili Mat Saad, 43, yang merupakan adik perempuan kepada Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47, berkata keadaan air dalam gambar itu agak menggerunkan namun mereka sekeluarga tidak tergerak hati untuk menghalangnya.

[VIDEO] Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan sesetengah pihak yang memfitnah beliau berhubung isu Israel sebagai fitnah yang sengaja ditimbulkan untuk kepentingan politik sempit dan berniat jahat.

Serangan bom motosikal mencederakan lima pegawai polis di Pattani

Serangan letupan menyasarkan trak polis di Pattani semalam, mencederakan lima pegawai apabila bom yang dipasang pada motosikal diletupkan dari jauh. Kejadian berlaku pada jam 2.40 petang, 14 November, berhampiran Jambatan Tanyong Dalo di daerah Yaring.

Harga kelapa membuka banyak peluang untuk petani di Trang

Petani kelapa di wilayah Trang, Thailand meraikannya apabila harga melambung tinggi, harga kelapa kini mencecah sehingga 20 baht (RM2.55) sebiji, kenaikan berganda berbanding harga sebelumnya. Peralihan pasaran yang lumayan ini menjanjikan pendapatan melebihi 30,000 baht (RM3,832.09) bagi 1 hektar, menarik minat daripada peniaga yang ingin membeli keseluruhan ladang.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: