RUU355 – Menunggu Mahathir dan Parti Cap Bunga mengulas bahawa mereka tidak bersetuju dengan rang undang-undang ini untuk meningkatkan penalti walaupun beliau sendiri pernah meningkat penalti dan meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah 3 kali sebelum ini.
—-
Pindaan yang pertama dilaksanakan pada tahun 1984 [yang dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1984], untuk meluaskan lagi kuasa menghukum Mahkamah Syariah kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.
Selepas itu, akta ini dipinda lagi pada tahun 1989 untuk diluaskan ke Sabah dan Sarawak [dinamakan sebagai Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 1989].
Pindaan terakhir berlaku pada tahun 1997, tetapi pada tafsiran sahaja, dan ia digelar Akta Tafsiran (Pindaan) 1997.
Kesemua pindaan bermula tahun 1984, 1989 dan 1997 diusulkan oleh kerajaan Mahathir.