Pakatan Ali Baba, nak menentukan siapa Perdana Menteri dan Timbalan pun huru hara.
Pakatan Harapan (PH) sekarang ada 71 kerusi parlimen.
Dari jumlah tersebut, DAP dengan parti anak syarikatnya PAN ada 42 kerusi.
PKR ada 28 dan PRIBUMI satu.
Setakat ini, DAP menguasai 60% kerusi-kerusi Pakatan Harapan.
Yang lain, PAS ada 14, PSM 1, WARISAN 2 dan BEBAS 2.
——
Mahathir, Pembangkang Dilema Siapa PM, TPM
Pakatan Harapan diketuai DAP dan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berdepan dilema untuk menamakan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis politik, Raja Petra Kamaruddin berkata, ini kerana Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir sendiri tidak diterima oleh ahli-ahli pakatan berkenaan.
“Mereka berdua (Muhyiddin dan Mukhriz) juga mungkin tidak akan memenangi kerusi pada pilihan raya umum akan datang.
“Jadi sekarang dapat kita lihat mereka (Pakatan Harapan diketuai DAP) tidak akan lagi bercakap mengenai siapa Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang baharu untuk menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya dalam portal malaysia-today.net hari ini.
Menurut Raja Petra, pakatan pembangkang sebaliknya akan menggunakan taktik memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mengalih tumpuan daripada isu siapa yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
“Jika mereka berterusan menggunakan strategi sebegini, mereka perlu memberitahu para pengundi siapa yang sebenarnya akan dilantik memegang jawatan tertinggi negara ini.
“Tetapi perkara itu tidak akan terjadi kerana tiada wakil yang sesuai untuk jawatan tersebut dan Dr. Mahathir akan terus menutup mulut jika ditanya mengenainya,” katanya.