Wayang atau sebaliknya?
1. Datuk Seri Paduka Anifah pada perbahasan di Parlimen dalam tahun 2008 telah menyuarakan kekecewaan rakyat Sabah yang jelas masih terpinggir meskipun sama-sama menyumbang kepada kemakmuran negara.
Lihat video:
https://youtu.be/fW57DYM9A94
2. Walaupun mereka memiliki kelayakan yang setaraf dengan rakan dari Semenanjung, namun, bilangan rakyat Sabah yang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran negara di peringkat persekutuan amat kurang.
3. Beliau pada masa itu telah menekankan agar perkhidmatan awam persekutuan, universiti serta syarikat-syarikat GLC perlu menitikberatkan penglibatan anak Sabah di peringkat pegawai kanan. Umpamanya beliau memberi contoh tiada seorangpun orang Sabah dilantik untuk menjadi duta Malaysia di luar negara.
4. Alhamdulillah berkat usaha diiringi keyakinan serta kelantangan bersuara oleh DSP Anifah, negara di bawah pentadbiran DS Najib mula mendengar dan hasilnya sepuluh tahun kemudian telah ramai anak-anak Sabah diberi peluang untuk menduduki jawatan-jawatan tertinggi dan kanan dalam negara.
5. Kini, seramai enam Menteri persekutuan berasal dari Sabah. Selain dari itu juga : –
* Datuk Mohammad Mantek sebagai KSU KPKT
* Dato’ Sri Sabin Samitah sebagai Ketua Pengarah LHDN
* Datuk Dr Amin Senin sebagai Ketua Pengarah Pelajaran.
6. Malahan kini anak jati Kg Mandahan, Bongawan iaitu Hajah Tumble Ngadiran@Tomblow menjadi Pengarah Kejururawatan di Putrajaya.
7. Banyak lagi peluang kini terbuka luas hasil hasil usaha yang dimulakan oleh DSP Anifah Aman sejak sepuluh tahun dahulu.
8. Dimanakah pada masa itu suara-suara pemimpin Sabah yang lain yang kini tiba-tiba kononnya berfikir mengenai hak-hak negeri Sabah bila mereka di persada pembangkang?
9. Adakah mereka kini mahu bermain wayang atau menceduk kredit hasil usaha DSP Anifah?