Secara kebetulan Ahad (21/7/2019) ini dua majlis melibatkan dua pemimpin utama PKR diadakan serentak.
Kedua-dua melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagi majlis Mohamed Azmin dianjurkan atas nama meraikan kemenangan menolak politik fitnah dan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari di Shah Alam.